Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kerja pembaikan bagi gangguan bekalan air sedang dijalankan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 APRIL – Jabatan Kerja Raya, Kementerian pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terdapat kebocoran di luar jangkaan ke atas pam di Booster Pump Gadong pada 12 tengah malam, kelmarin yang telah menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Mukim Berakas A dan B serta kawasan sekitarnya pada masa ini.

    Dalam siaran akhbar yang dikeluarkan oleh jabatan berkenaan, hari ini, kerja pembaikan sedang dijalankan yang mana memerlukan penutupan air sementara di kawasan sekitarnya.

    Segala kesulitan dan ketidakselesaan yang dialami oleh orang ramai adalah sangat dikesali dan pihak Jabatan ingin memberi jaminan pelbagai usaha dilaksanakan untuk mengembalikan bekalan air kepada orang ramai sesegara mungkin.

    Penduduk di kawasan yang terlibat boleh mendapatkan bekalan air sementara daripada tangki biru yang telah ditempatkan di beberapa kawasan.

    Pihak Jabatan juga ingin berterima kasih atas kesabaran dan kefahaman orang ramai dan sebarang aduan mengenai bekalan air atau permohonan perkhidmatan tanker, orang ramai boleh menghubungi Talian Darussalam 123 agar ianya dapat ditangani dengan segera.

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...