Friday, January 17, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes dadah: Mahkamah keluarkan waran tangkap 29 anggota polis

    MANILA, 16 JAN – Mahkamah perbicaraan Filipina telah mengeluarkan waran tangkap ke atas 29 anggota polis aktif dan bekas polis yang terlibat dalam rampasan dadah bernilai 6.7 bilion peso (AS$114 juta) pada 2022, kata Polis Nasional Filipina (PNP) kelmarin.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui media sosial, PNP menyatakan waran tangkap itu dikeluarkan terhadap anggota polis tersebut atas kesalahan melanggar Akta Dadah Berbahaya 2002. Antara 30 individu yang terlibat, 22 masih aktif dalam perkhidmatan, dua telah bersara, tiga telah memilih persaraan awal, satu telah meletak jawatan dan dua telah dipecat.

    Ketua PNP, Jeneral Rommel Francisco Marbil, dalam kenyataannya berkata bahawa beliau telah mengeluarkan arahan jelas untuk memastikan akauntabiliti bagi semua individu yang terlibat untuk ‘memerangi salah laku dalam kalangan anggota polis’. – Xinhua

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda