RAMALLAH, 7 JULAI – Kes pertama demam Nil Barat di Tebing Barat direkodkan di wilayah Jenin, menurut Kementerian Kesihatan Palestin, kelmarin.
Doktor-doktor mengenal pasti simptom-simptom yang konsisten dengan penyakit itu, dan ujian seterusnya mengesahkan jangkitan itu, kata kementerian tersebut.
Penyakit itu berjangkit melalui nyamuk dan simptom-simptomnya hampir sama dengan selesema, termasuk demam panas, jelas kenyataan itu, sambil menyatakan bahawa gejala muncul tiga hari selepas gigitan nyamuk, dengan warga tua merupakan kumpulan umur yang paling terdedah.
Pasukan penjagaan kesihatan dan kesihatan alam sekitar utama, bersama-sama pihak berkuasa Jenin, telah menjalankan kempen kawalan nyamuk di bandar dan kemnya sejak kelmarin, kata kenyataan itu, sambil menyatakan bahawa pasukan khusus kementerian tersebut akan memperluaskan usaha berkenaan ke semua wilayah gabenor.
Operasi-operasi oleh tentera Israel, yang menyasarkan infrastruktur, terutamanya rangkaian air dan kumbahan di bandar dan kawasan Palestin, telah meningkatkan dengan ketara penyebaran nyamuk, khususnya di bandar dan kem Jenin, menurut kenyataan itu. – Xinhua
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/07/P21-3WEB-AFP_08072024.jpg)