Sunday, October 13, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    KHEDN mara suku akhir kejohanan futsal HPA

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OKT – Pasukan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) berjaya mara ke peringkat suku akhir mewakili empat pasukan terbaik Kategori Terbuka Kumpulan A dalam Kejohanan Futsal Antara Kementerian-kementerian sempena Hari Perkhidmatan Awam (HPA) ke-31 yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, kelmarin.

    KHEDN mempamerkan prestasi cemerlang apabila memenangi kesemua lima perlawanan kumpulan, sekali gus mengungguli Kumpulan A dengan 15 mata. Di tempat kedua, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) meraih 12 mata selepas mencatat empat kemenangan dan sekali tewas.

    Kementerian Pendidikan (MOE) dan Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) turut layak ke peringkat suku akhir apabila masing-masing menamatkan saingan di tangga ketiga dan keempat Kumpulan A.

    Empat pasukan terbaik dari Kumpulan A kini menunggu cabaran empat lagi pasukan terbaik dari Kumpulan B, yang dijadualkan pada Sabtu nanti.

    Kumpulan B melibatkan pasukan Kementerian Pembangunan (MOD), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri (MOFA), Kementerian Kesihatan (MOH), Jabatan Perdana Menteri (JPM), dan Kementerian Pertahanan (MINDEF).

    Kejohanan anjuran KHEDN itu bermatlamat untuk meningkatkan potensi dan mencungkil bakat pemain, serta mengeratkan hubungan muhibah dalam kalangan warga perkhidmatan awam.

    Atas & Bawah: Sebahagian daripada aksi dalam kejohanan berkenaan.
    Pasukan KHEDN bergambar ramai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda