Sunday, March 23, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    KHEDN memperingati Nuzul Al-Quran

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 APRIL – Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di dalamnya memperingati Nuzul Al-Quran dengan majlis yang diadakan di Dewan Serba guna Tingkat 6, Bangunan KHEDN, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis kelolaan Jabatan Penjara itu ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

    Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Selawat Tafrijiyah diikuti dengan ceramah khas bertajuk ‘Bersabar, Berikhtiar,

    Bertawakal dan Berdoa Menghadapi Ujian dengan Petunjuk Al-Quran’ yang disampaikan
    oleh Pensyarah dan Dekan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr Haji Mohd Shahrol Azmi bin Haji Abdul Muluk.

    Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah undangan yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin menyampaikan cenderahati kepada penceramah undangan.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin semasa menghadiri majlis tersebut selaku tetamu kehormat majlis.
    Dr Haji Mohd Shahrol Azmi ketika menyampaikan ceramah khas pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda