Sunday, September 22, 2024
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kicauan burung meriahkan tamu Kg Lumut

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 22 SEPT – Kicauan burung nyanyian yang riang dan ceria memenuhi suasana ketika penduduk sekitar Kampong Lumut berkumpul di tamu yang diadakan selama dua hari bermula hari ini di balai raya kampung berkenaan.

    Acara anjuran Keluarga dan Kumpulan Joerose dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kampong Lumut 1 itu diadakan untuk memeriahkan hujung minggu penduduk tempatan untuk berkunjung dan meluangkan masa bersama rakan dan keluarga.

    Antara aktiviti utama yang diadakan termasuk Pameran dan Pertandingan Nyanyian Burung yang menarik lebih 80 penyertaan mempersembahkan kicauan lagu berirama untuk dinikmati oleh pengunjung.

    Pemangku Ketua Kampong Lumut 1 dan juga pengerusi majlis, Taib bin Haji Salleh menjelaskan selain pertandingan nyanyian burung dan pameran, pelbagai usahawan tempatan turut berpeluang untuk mempromosikan produk dan perniagaan mereka melalui petak gerai yang disediakan.

    “Sebagai pengerusi tamu ini, saya berharap pertandingan burung penyanyi dan acara ini akan terus mendapat sokongan kerana kami merancang untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti pada masa hadapan.”

    Tamu berkenaan diteruskan sehingga esok, 23 September dari jam 6 pagi hingga 6 petang.

    Taib Haji Salleh bergambar ramai bersama sebahagian ahli jawatankuasa pertandingan berkenaan.
    Atas & Bawah: Suasana semasa pertandingan dijalankan. -GAMBAR-GAMBAR OLEH DANIEL LIM  

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda