HighZium Studio secara rasmi telah melancarkan Fan Cafe rasmi Kim Ji Won di platform Daum Cafe kelmarin.
Ruang dalam talian ini akan dikendalikan terus oleh agensi, sekali gus menawarkan platform baharu untuk para peminat berinteraksi dengan pelakon tersebut.
Wakil agensi berkata kepada Allkpop, “Kami berharap ini akan membawa kegembiraan kepada peminat yang telah lama menantikan ruang untuk berhubung dengan Kim Ji Won.
Pelbagai kemas kini dan kandungan akan dikongsi melalui fan cafe ini.”
Kim Ji Won turut menyapa peminat melalui mesej video, “Saya dengar ramai yang menanti-nantikan perkara ini. Saya sangat teruja dan gembira akhirnya dapat memiliki ruang untuk kita berkomunikasi.”
Beliau menambah, “Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk berkongsi banyak berita baik melalui Fan Cafe ini. Semoga hanya perkara yang menggembirakan datang kepada awda. Jumpa lagi nanti.”
Maklumat lanjut mengenai Fan Cafe baharu ini boleh didapati menerusi saluran media sosial rasmi agensi. Fan cafe tersebut menawarkan pelbagai kandungan menarik termasuk gambar-gambar eksklusif di sebalik tabir.
Sementara itu, Kim Ji Won baru-baru ini membintangi drama Queen of Tears di tvN sebagai Hong Hae In, yang tamat tayangan tahun lalu. Beliau kini sedang mempertimbangkan tawaran untuk membintangi drama baharu, Doctor X: Era of the White Mafia. – Agensi
