Monday, April 28, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kim Jong Kook positif COVID-19

    Bintang Running Man, Kim Jong Kook dijangkiti COVID-19 baru-baru ini.

    Berita itu dimaklumkan oleh agensinya, Turbo JK Entertainment yang memberitahu pada awalnya dia hanya mengalami gejala ringan.

    “Dia buat pemeriksaan sendiri dan hasilnya positif. Dia kemudian menjalani ujian PCR dan rasmi positif kelmarin,” ujar wakilnya.

    Bagaimanapun, menurut agensi, selebriti itu sudah mengambil dua suntikan vaksin dan kini dalam proses kuarantin di rumah.

    “Dia tiada masalah kesihatan yang teruk dan menghentikan semua jadual penggambaran,” ujar agensi lagi.

    Tambahnya, kondisi kesihatan Kim tidak akan mengganggu penggambaran dua program variety popular iaitu Running Man dan My Little Old Boy.

    “Bagi penggambaran dua program itu masih belum bermula. Diharap tidak ada gangguan pada masa hadapan.

    “Masa kuarantin juga kini sudah disingkatkan hanya tujuh hari dan tiada rakaman dijadualkan pada waktu dia kuarantin,” ujarnya. – Agensi

    Kim Jong Kook disahkan positif COVID-19 kelmarin. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda