Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kim Sae Ron bakal didakwa pandu dalam keadaan mabuk

    Gara-gara disyaki memandu dalam keadaan mabuk pada Rabu lalu, pelakon Kim Sae Ron kini dalam siasatan polis dan bakal didakwa atas kesalahan itu.

    Memetik laporan Soompi, sumber terdekat Balai Polis Gangnam berkata Kim Sae Ron melakukam kesalahan itu sekitar pukul 8 pagi, Rabu di kawasan Cheongdam, Gangnam.

    “Kim Sae Ron bakal didakwa atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk pagi tadi (Rabu),” kata sumber.

    Menurut laporan itu lagi, Kim Sae Ron juga diminta untuk melakukan ujian darah untuk memastikan tahap alkohol yang berada dalam badannya. Bagaimanapun, pihak agensi pengurusan Goldmedalist Entertaiment memberitahu mereka masih dalam proses untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. – Agensi

    Kim Sae Ron disyaki memandu dalam keadaan mabuk. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...