Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    266 kes salmonela dilapor di Eropah, Amerika Utara

    STOCKHOLM, 19 MEI – Pegawai kesihatan Eropah berkata 266 kes wabak jangkitan salmonela yang dikaitkan dengan coklat Easter kini telah dilaporkan di seluruh Eropah dan Amerika Utara, kebanyakannya dalam kanak-kanak.

    Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah berkata 86.3 peratus daripada kes adalah dalam kalangan kanak-kanak berusia 10 tahun dan ke bawah, dan kesemua kes di Eropah berdasarkan maklumat lengkap, 41.3 peratus di antara mereka dimasukkan di hospital. Tiada kematian telah dilaporkan.

    Kes telah dilaporkan di 14 negara Eropah, Kanada dan Amerika Syarikat.

    Agensi Kesatuan Eropah masih mengesyaki puncanya datang daripada sebuah kilang di Belgium. Penutupan kilang pada April, penarikan balik produk dari rak ‘berjaya mengurangkan risiko pendedahan, tetapi kes baharu mungkin berlaku disebabkan hayat simpanan lama dan kemungkinan produk disimpan di rumah,” menurut agensi.

    Pada awal April, pihak berkuasa makanan di beberapa negara Eropah berkata syarikat Itali Ferrero telah menarik balik beberapa kumpulan produk coklat Kinder kerana disyaki mempunyai kaitan di antara produk dan wabak salmonela.

    Virus berkenaan dikenal pasti dalam 10 daripada 81 sampel positif yang diambil di kilang Belgium pada Disember dan Januari, termasuk dalam susu mentega, produk separa siap dan siap. Susu mentega dibekalkan oleh pembekal Itali di mana salmonela tidak dikesan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...