Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kishida berhasrat ambil langkah pertama untuk Sidang Kemuncak Jepun-Korea Utara

    TOKYO, 28 NOV – Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida menyatakan hasratnya untuk bekerja lebih keras bagi merealisasikan sidang kemuncak dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dalam ucapannya pada Ahad lalu pada perhimpunan nasional yang menyeru menyelamatkan orang yang diculik oleh Korea Utara.

    “Saya akan mengukuhkan dorongan ke arah rundingan peringkat awal,” kata Kishida pada perhimpunan yang diadakan di Wad Chiyoda, Tokyo.

    “Adalah penting bagi saya untuk mengambil inisiatif dan membina hubungan antara saya dan pemimpin Korea Utara,” tegas perdana menteri.

    Mengenai rundingan peringkat tinggi, yang berada di bawah pengawasan langsung Kishida, beliau berkata, “Kami terus membuat pendekatan melalui pelbagai saluran.”

    Takuya Yokota, ketua Persatuan Keluarga Mangsa yang Diculik oleh Korea Utara, berkata, “Isu itu tidak boleh dianggap selesai sehingga semua orang yang diculik dikembalikan semasa generasi ibu bapa kita masih hidup.”

    Takuya, 55, adalah adik kepada Megumi Yokota yang diculik oleh Ejen Korea Utara 46 tahun lalu pada usia 13 tahun. – ANN/The Japan News

    Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berada di Tokyo, pada 26 November 2023, pada perhimpunan nasional yang menyeru untuk menyelamatkan orang yang diculik oleh Korea Utara. – ANN/The Japan News
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...