Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    KKD komited bantu Sabah perkasa infrastruktur telekomunikasi

    KOTA KINABALU, 30 OKT – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) komited untuk membantu kerajaan Sabah dalam memperkasa pembangunan infrastruktur telekomunikasi sebagai usaha menyelesaikan masalah capaian Internet di negeri itu.

    Justeru, Menterinya Fahmi Fadzil berkata jalinan kerjasama erat dengan kerajaan Sabah amat penting bagi memastikan setiap projek pembangunan infrastruktur telekomunikasi dirancang dapat segera diselesaikan ke arah merapatkan lagi jurang digital di Sabah.

    “Apabila kerjasama erat dapat diwujudkan, maka saya percaya, masalah dihadapi dapat diatasi dengan lebih sempurna. Saya berharap dengan hubungan lebih erat dan kerjasama jitu, masalah dapat dikenal pasti segera dan bersama-sama kita selesaikan,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini, hari ini.

    Dalam pertemuan itu, Fahmi memaklumkan mengenai status pelaksanaan bagi beberapa projek di bawah KKD termasuk Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan ‘Point of Presence’ (PoP), selain perbincangan mengenai langkah segera menyelesaikan masalah Internet di Sabah. – Bernama

    Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil (kanan) berbincang ketika mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...