Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    KKM rekod 13 kes berkaitan cuaca panas

    PUTRAJAYA, 1 MAC – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 13 kes berkaitan cuaca panas sejak minggu pertama hingga kesembilan tahun ini.

    Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata daripada jumlah itu, sebanyak empat kes membabitkan strok haba dan sembilan kerana kelesuan haba.

    “Kesemua kes disebabkan oleh aktiviti fizikal di luar bangunan semasa cuaca terik. Terdapat satu kes strok haba dipantau di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu kes kelesuan haba dirawat di wad biasa, Hospital  Sultanah Maliha, Langkawi, Kedah.

    “Manakala 11 kes lain telah mendapatkan rawatan dan sembuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata bilangan kes berkaitan cuaca panas mengikut negeri adalah tujuh di Perak, Kedah (lima), dan satu di Sabah.

    Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan kawasan Pokok Sena di Kedah merekodkan suhu panas tahap dua atau gelombang haba, iaitu merujuk kepada suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...