PARA perenang akan berpeluang untuk menyelam sedalam 700 kaki dari pencakar langit Dubai yang baharu ini, di kolam infiniti yang ditetapkan sebagai salah satu bangunan yang tertinggi di dunia, The Palm Tower.
Kolam itu akan terletak di tingkat 50 dari 52 tingkat The Palm Tower, yang kini sedang dibina di pulau Palm Jumeirah.
Kolam yang merangkumi keluasan seluas 775 meter persegi (8,340 kaki persegi) dan bersempadan dengan keempat sisi bangunan, akan menawarkan pemandangan yang menakjubkan di Teluk Arab dan latar langit Dubai.
Pembinaan itu bermula dengan pembinaan kolam renang yang menampung air sebanyak 930,000 liter, yang akan dibuka tahun depan.
Apabila keseluruhan bangunan itu disiapkan, The Palm Tower akan menempatkan sebuah hotel yang memiliki 289 bilik, 432 suite mewah dan pelbagai kemudahan seperti ruang restoran dan riadah.
Hotel ini menempatkan juga studio yang dilengkapi sepenuhnya dengan kemudahan serba moden.
Di atas kolam itu pula ditempatkan sebuah restoran yang serba mewah.
Sementara pembinaan kompleks dek tontonan tempat makan di bumbung itu akan bermula tidak lama lagi.
Pada masa ini, kira-kira 850 pekerja pembinaan berada di tapak The Palm Tower.
Lebih daripada 1,500 orang dijangka akan memenuhi bangunan ini apabila majlis pembukaan bangunan itu diadakan.
Sementara hotel di bangunan itu pula dijangka dibuka lewat tahun ini.
Menara Palm dihubungkan terus ke Nakheel Mall yang sedang dalam pembinaan untuk dibina dan dijangka akan menempatkan 350 kedai, restoran dan serta tarikan lainnya.
Nakheel Mall, yang mempunyai stesen Palm Monorail sendiri, dijangka akan siap pada tahun ini.