Sunday, March 9, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kontinjen karate negara pulang ke tanah air

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MEI – Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada seramai 12 atlet karate dan tiga pegawai telah kembali ke Negara Brunei Darussalam hari ini selepas berada di Phnom Penh, Kemboja bagi Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-32.

    Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyambut ketibaan kontinjen negara dan seterusnya mengalungkan sesandang serta menyampaikan ucapan tahniah ialah Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

    Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Belia dan Sukan, Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly, serta pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Atlet sukan karate negara telah berjaya membawa pulang dua pingat gangsa melalui Muhd Harith bin Dahlan bagi acara Kumite lelaki bawah 55 kilogram dan Mohd Izzuddin Irfan bin Mohd Faizal bagi acara Kumite lelaki kategori 84 kilogram ke atas.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda