Friday, June 28, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Korban arak beracun meningkat kepada 53 orang

    INDIA, 23 JUN – Angka kematian akibat arak haram beracun di India telah meningkat kepada 53 orang, lapor media hari ini, apabila lebih ramai mangsa di hospital meninggal dunia akibat minuman itu.

    Ketua Menteri negeri Tamil Nadu, M.K. Stalin, berkata minuman arak buatan tempatan itu dicampur dengan metanol beracun, membunuh 37 orang dalam masa beberapa jam selepas mereka meminum alkohol itu Selasa lalu.

    Lebih 100 orang dikejarkan ke hospital namun ada yang terlalu parah untuk diselamatkan doktor.

    Beratus-ratus orang mati setiap tahun di India akibat arak murah yang dibuat di kilang penyulingan di jalan tersorok, tetapi kes keracunan kali ini adalah antara yang paling teruk dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

    Minuman keras itu sering dicampur dengan metanol yang boleh menyebabkan buta, kerosakan hati dan kematian.

    Akhbar Indian Express hari ini memetik seorang ahli majlis tempatan, Palraj, yang menggambarkan bagaimana buruh miskin di daerah Kallakurichi kerap membeli minuman keras dalam beg plastik berharga 60 rupee (AS$0.70), yang akan diminum sebelum bekerja.

    Ada yang menjadi buta dan dikejarkan ke hospital sementara yang lain meninggal dunia dengan cepat dan rebah di jalan raya. – AFP

    Gambar fail menunjukkan ahli keluarga melakukan upacara terakhir semasa pengebumian mangsa yang maut selepas meminum alkohol beracun di daerah Kallakurichi di negeri Tamil Nadu, India 20 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Firma Jepun siasat 76 lagi kematian berkaitan suplemen

    TOKYO, 28 JUN - Pengeluar makanan tambahan kesihatan Jepun, Kobayashi Pharmaceutical berkata pada hari ini ia sedang menyiasat 76 lagi kematian yang mungkin dikaitkan...

    Xi bertemu PM Vietnam