Wednesday, July 17, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Seorang maut, 2 hilang dalam banjir

    JAKARTA, 23 JUN – Seorang maut dan dua lagi hilang dalam banjir di Daerah Parigi Moutong, Wilayah Sulawesi Tengah, Indonesia, kata Agensi Pengurusan Bencana Nasional hari ini, lapor Xinhua.

    “Hujan lebat di kawasan hulu Sungai Toribulu pada pukul 4:38 pagi waktu tempatan hari ini, menyebabkan air bercampur lumpur melimpahi penempatan berdekatan,” kata jurucakap agensi, Abdul Muhari.

    Sebuah jambatan rosak dilanda banjir, memutuskan hubungan ke sebuah kampung dan menjejaskan 120 buah keluarga.

    Selain itu, banjir juga merosakkan rumah, menyebabkan sebilangan penduduk kampung mencari perlindungan di pejabat kampung.

    Operasi menyelamat mangsa banjir sedang dijalankan dan usaha mencari dua individu yang hilang masih diteruskan.

    Agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik telah mengeluarkan amaran bahawa hujan lebat dijangka berterusan sekurang-kurangnya sehingga esok. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Nepal, India kerjasama cari mayat hilang tragedi bas hanyut

    KATHMANDU, 17 JULAI – Pihak berkuasa tempatan sedang berkerjasama dengan pegawai sempadan daerah India untuk mencari mayat dalam kemalangan Simaltal, di mana tanah runtuh...