Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Korban gempa cecah 35,000

    KAHRAMANMARAS, TURKIYE, 13 FEB – Angka kematian daripada gempa bumi minggu lalu di Turkiye dan Syria meningkat melebihi 35,000 hari ini, tatkala pasukan menyelamat mula menamatkan usaha mencari mangsa dan bantuan telah beralih kepada ratusan ribu penduduk yang kehilangan tempat tinggal.

    Lapan hari selepas gempa bermagnitud 7.8 melanda, media Turkiye melaporkan segelintir orang masih dikeluarkan dari runtuhan ketika pengorek menggali di bandar yang ranap.

    Angka kematian meningkat kepada 35,224 ketika pihak berkuasa dan pegawai perubatan berkata 31,643 orang telah terbunuh di Turkiye dan 3,581 di Syria selepas gempa bumi pada 6 Februari, kelima paling teruk sejak awal abad ke-21.

    Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengecam kegagalan menghantar bantuan yang amat diperlukan ke rantau Syria dan mengingatkan angka kematian dijangka meningkat apabila pakar berkata harapan untuk mencari mangsa yang hidup semakin tipis sekarang.

    “Hantar mana-mana barang disebabkan terdapat jutaan orang di sini dan mereka perlu makanan,” rayu Menteri Dalam Turkiye Suleyman Soylu lewat semalam.

    Di Kahramanmaras, berdekatan dengan pusat gempa, 30,000 khemah telah didirikan, 48,000 orang sedang mendapatkan perlindungan di sekolah dan 11,500 lagi di dewan sukan, kata beliau.

    Sementara ratusan pasukan menyelamat masih bekerja, usaha telah berakhir di tujuh kawasan di wilayah negara, tambah beliau. – AFP

    Pakar bedah menjalankan pembedahan ke atas seorang kanak-kanak yang diselamatkan dari runtuhan bangunan di bandar Harim di wilayah Idlib bersempadan dengan Turkiye. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...