Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Korban pertempuran di Filipina meningkat

    MANILA, 23 FEB – Kira-kira lapan pemberontak Komunis dan seorang anggota polis terbunuh di Filipina minggu ini semasa pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan pemberontak Maois, kata tentera, hari ini.

    Pertempuran terbaharu berlaku di pulau Bohol tengah dan Negros ketika tentera kerajaan terus bertempur dengan pemberontak meskipun mengharapkan rundingan damai tahun ini.

    Lima pemberontak terbunuh apabila pertempuran tercetus hari ini ketika tentera dan polis cuba menangkap ketua Tentera Rakyat Baharu (NPA) di Bohol, Domingo Jaspe Compoc, yang merupakan antara yang terbunuh.

    “Dia (Compoc) terkenal… Kami telah memantau aktiviti kumpulannya sejak tahun lalu,” kata jurucakap tentera wilayah, Leftenan Kolonel Israel Galorio kepada AFP.

    Compoc mempunyai habuan 2.6 juta peso (kira-kira AS$47,000) atas tuduhan memberontak dan melakukan banyak pembunuhan.

    Seorang pegawai polis turut ditembak mati dan seorang lagi pegawai cedera, kata jurucakap polis Bohol kepada pemberita.

    Pihak tentera juga melaporkan Rabu lepas tiga orang pemberontak NPA terbunuh dan tiga lagi tentera cedera dalam pertempuran di pulau Negros.

    “Memandangkan masih tiada arahan untuk menghentikan tumpuan operasi ketenteraan atau operasi bersama dengan (polis)… kami akan tetap meneruskan operasi keselamatan dalam negeri,” kata Galorio. – AFP

    Gambar Web Envato
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...