Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Korea sediakan lebih banyak insentif untuk pelabur asing

    SEOUL, 23 FEB – Korea Selatan akan menyediakan lebih banyak insentif kepada ahli perniagaan asing yang melabur dalam industri mewah serta memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan, susulan negara itu menyasarkan untuk menarik lebih banyak pelaburan di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi.

    Menteri Perdagangan, Ahn Duk-geun mengeluarkan kenyataan itu menjelang pertemuannya dengan ahli perniagaan asing hari ini dan merancang untuk berkongsi visi negaranya menjadi ‘hab inovasi global’, lapor agensi berita Yonhap.

    “Kami merancang untuk menyokong aktiviti perniagaan asing yang telah membuat pelaburan di sini dengan mempercayai Korea Selatan.

    “Korea Selatan juga akan mengambil tindakan lebih proaktif merombak langkah sokongan dan menambah baik persekitaran pelaburan bagi terus menyokong pelaburan asing yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

    Sementara itu, pelabur asing berjanji akan melabur AS$30.45 bilion pada 2022, meningkat 3.2 peratus daripada tahun sebelumnya, menurut data Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga. Rekod tertinggi sebelum ini berjumlah AS$29.51 bilion pada 2021.

    Kementerian Perdagangan memaklumkan bahawa negara itu akan terus menjadikan persekitaran lebih mudah diakses bagi pelabur luar negara dengan menyediakan lebih banyak maklumat dalam Bahasa Inggeris, serta meluaskan komunikasi dengan syarikat asing. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...