Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    McDonald’s Brunei buka lebih awal, beri Egg Muffin

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB – Dalam meraikan dan menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39, hari ini, McDonald’s Brunei memberikan sebanyak 375 Egg Muffin with Chicken Roll di setiap cawangannya.

    Pada hari yang begitu istimewa ini, McDonald’s Brunei juga buka lebih awal bermula pukul 5 pagi untuk memberi peluang kepada orang untuk mendapatkan juadah sarapan pagi sebelum menuju ke Bandar Seri Begawan sebagai tempat tumpuan acara sambutan pagi tadi.

    Sambutan yang cukup menggalakkan dapat dilihat di cawangan-cawangan McDonald’s Brunei apabila ramai pengunjung datang se-awal 5 pagi bagi mendapatkan promosi dan juadah sarapan pagi.

    Pada masa yang sama, McDonald’s Brunei turut menambah kemeriahan di kawasan tumpuan acara iaitu di kawasan ibu negara dengan mengedarkan Egg Muffin with Chicken Roll dan barangan dagangan kepada orang ramai yang berkunjung.

    Antara menu sarapan pagi yang ditawarkan di McDonald’s Brunei.
    Suasana di McDonald’s Brunei cawangan Gadong yang dikunjungi orang ramai kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...