Friday, September 20, 2024
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea tekad tangani deepfake

    SEOUL, 19 SEPT – Polis Korea Selatan hari ini berkata bahawa mereka merancang untuk membelanjakan hampir AS$7 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi teknologi untuk memerangi deepfake, pengklonan suara dan bentuk penipuan digital lain.

    Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pihak berkuasa telah menemui rangkaian ruang sembang Telegram yang luas, yang sering ditubuhkan di sekolah dan universiti, di mana pengguna berkongsi pornografi deepfake yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) yang menggambarkan pelajar dan kakitangan wanita.

    Pendedahan ini telah mencetuskan kemarahan orang ramai, dengan presiden berjanji untuk mengambil tindakan tegas.

    Agensi Polis Kebangsaan Seoul berkata hari ini bahawa ia telah memperuntukkan AS$2 juta setahun sehingga 2027 untuk membangunkan teknologi deep-learning bagi mengesan kandungan yang dihasilkan secara digital seperti deepfake dan pengklonan suara.

    Di samping itu, mereka juga akan membelanjakan ratusan ribu dolar untuk menaik taraf perisian semasa mereka bagi memantau video deepfake dan video lain yang dihasilkan oleh AI. – AFP

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda