Monday, October 21, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Utara temui rangka dron Korea Selatan

    SEOUL, 20 OKT – Korea Utara berkata kelmarin pihak berkuasa menemui rangka dron Korea Selatan semasa pencariannya di ibu negara, Pyongyang.

    Ketua Turus Bersama Korea Selatan dalam satu kenyataan menyifatkan Korea Utara hanya memihak kepada satu pihak sahaja dan ia tidak layak untuk bertindak balas.

    Agensi berita rasmi pusat Korea Utara mengeluarkan gambar menunjukkan pesawat yang kelihatan rosak dengan sayap lebar berbentuk V.

    Ia berkata siasatan bersama oleh tentera Korea Utara dan agensi keselamatan negara menyimpulkan pesawat itu, ditemui 13 Oktober lalu, adalah jenis dron yang sama muncul dalam perarakan tentera Korea Selatan awal Oktober.

    Pesawat yang dikatakan ditemui di Pyongyang berkemungkinan salah satu dron yang digunakan untuk menggugurkan risalah, kata Kementerian Pertahanan Korea Utara, tetapi pemeriksaan lanjut diperlukan untuk mengesahkannya.

    Menteri pertahanan Korea Selatan pada mulanya telah menafikannya selepas tuduhan Korea Utara 11 Oktober lalu tentang tindakan Korea Selatan menghantar dron ke atas Pyongyang.

    Tentera Korea Selatan menyesuaikan tindak balasnya beberapa jam kemudian, dengan mengatakan ia tidak dapat mengesahkan sama ada dakwaan Utara itu benar atau tidak. – AP

    Gambar menunjukkan sebuah dron Korea Selatan ditemui di Pyongyang, Korea Utara pada 13 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda