Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kosmonaut wanita Rusia ke ISS September ini

    MOSCO, 20 JAN – Satu-satunya kosmonaut wanita Rusia paling aktif, Anna Kikina, dijangka mengadakan perjalanan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada September menaiki roket Soyuz, kata agensi angkasa lepas negara itu hari ini.

    Kikina, seorang jurutera berusia 27 tahun akan menjadi kosmonaut profesional kelima wanita dari Rusia atau Kesatuan Soviet yang terbang ke angkasa.

    Tahun lalu, agensi angkasa Rusia, Roscosmos berkata Kikina bakal terbang menaiki Crew Dragon SpaceX sebagai sebahagian daripada perjanjian rentas penerbangan antara Roscosmos dan NASA.

    Hari ini, Roscosmos berkata bahawa jika dua negara memuktamadkan perjanjian itu, Kikina akan terbang ke angkasa lepas bersama Amerika pada Ogos, sementara Francisco Rubio dari NASA akan membuat perjalanan dengan Soyuz.

    Namun jika perjanjian itu tidak berjalan seperti yang dirancang, dia akan membuat perjalanan ke ISS menggunakan roket Soyuz pada September.

    Wanita Rusia terakhir yang terbang ke angkasa lepas adalah Elena Serova, yang menghabiskan 167 hari di ISS bermula September 2014 hingga Mac 2015.

    Kosmonaut Soviet, Valentina Tereshkova menjadi wanita pertama di ruang angkasa apabila dia membuat perjalanan ke orbit pada 16 Jun 1963.

    Svetlana Savitskaya adalah wanita kedua ke angkasa lepas dan wanita pertama melakukan perjalanan angkasa pada Julai 1984.– AFP

    Anna Kikina di Muzium Angkasa Lepas di Moscow. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...