Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Rumah terbuka Aidilfitri perkukuh hubungan Brunei-Malaysia

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 APRIL – Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Raja Dato’ Reza bin Raja Zaib Shah dan isteri, Datin Roslina Ismail telah menghoskan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman rasminya di Rumah Malaysia, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Antara yang hadir ialah Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad; dan timbalan-timbalan menteri di JPM.

    Turut hadir ialah ahli-ahli MMN, ketua-ketua perwakilan asing di Brunei dan ketua pegawai eksekutif syarikat-syarikat korporat seperti Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd, Bank Baiduri, Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), DST Sdn Bhd, Progresif Sdn Bhd dan Mitsubishi Corporation.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bergambar ramai bersama TYT Raja Dato’ Reza dan tetamu yang hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...