Friday, September 20, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Krisdayanti kembali bertanding rebut jawatan Datuk Bandar

    Tidak sampai 24 jam mengumumkan pengunduran diri bertanding bagi merebut jawatan sebagai Datuk Bandar di kawasan Batu di Indonesia, penyanyi Indonesa, Krisdayanti membuat pusingan U terhadap keputusannya.

    Memetik laporan mStar, Krisdayanti memberitahu keputusan menarik diri dibuat secara tergesa-gesa selain meragui kemampuannya untuk menggalas tanggungjawab besar.

    “Saya akui keputusan itu dibuat disebabkan perasaan yang bercampur-baur. Tipulah kalau perasaan tak terganggu.

    “Tapi tiada tekanan daripada sesiapa pun, sudah tiada ada rasa ragu atau bimbang. Insya-Allah saya akan teruskan bertanding dalam pilihan Datuk Bandar di Batu tahun ini,” katanya.

    Jelasnya, dia sudah bersedia untuk meneruskan perjuangan demi memenangi hati rakyat Indonesia.

    “Memang rasa gelisah dengan tanggungjawab yang bakal dipikul, tapi saya sedih untuk bergerak terus serta berjuang untuk rakyat,” ujarnya.

    Untuk rekod, Krisdayanti dilantik sebagai anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR RI) daerah Malang Raya sejak 2019. – Agensi

    Tak sampai 24 jam, Krisdayanti kembali bertanding rebut jawatan Datuk Bandar. – Kompas.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda