Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Krisis saham, jutawan China diculik

    HONG KONG, 2 Feb – Seorang jutawan China yang hilang dari Hong Kong dan dipercayai telah diculik oleh ejen keselamatan China dilaporkan sedang disiasat berhubung dengan krisis saham China 2015.

    Media tempatan berkata ahli kewangan Xiao Jianhua (gambar) hilang dari pangsapurinya di hotel Four Seasons di Hong Kong pada Jumaat dan di mana beliau berada masih tidak diketahui.

    Tiga kenyataan Xiao, seorang rakyat Kanada, menafikan beliau telah diculik telah muncul di laman WeChat dan di muka surat depan akhbar Hong Kong.

    Adalah menyalahi undang-undang untuk ejen China beroperasi di Hong Kong dan kes itu telah mencetuskan kebimbangan baru bahawa kebebasan telah diancam oleh Beijing.

    Menurut akhbar South China Morning Post, Xiao, pengasas Tomorrow Group, berada di China dan “menolong siasatan” dalam krisis pasaran saham 2015.

    Indeks saham Shanghai merosot hampir 40 peratus dalam tempoh dua bulan selepas mencapai kemuncak pada pertengahan Jun tahun itu.

    Pihak berkuasa membantu membesar-besarkan gelembung dengan menggalakkan pelaburan. Namun apabila ia pecah, pegawai dengan segera menyalahkan pemutar belit pasaran.

    Masih tidak jelas bagaimana Xiao dikaitkan dengan krisis, tetapi penyiasat China telah menyasarkan beberapa eksekutif pelaburan kerana disyaki melakukan perniagaan dalam sejak krisis saham.

    Minggu lalu, seorang bekas pengurus pelaburan dipenjara lebih lima tahun kerana memanipulasi pasaran. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda