Sunday, November 17, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kritikan De Boer bayangi pertemuan Inter, AS Roma

    MILAN, 24 Feb – Harapan Inter Milan untuk kelayakan Liga Juara-Juara mungkin bergantung kepada kemenangan terhadap Roma Ahad ini dan bekas jurulatih Frank De Boer (gambar) percaya ‘Nerazzurri’ hanya perlu menyalahkan diri sendiri.

    Inter, yang berada di tangga keempat ketinggalan 15 mata dari pasukan pendahulu Juventus dan enam mata di belakang Napoli di tangga ketiga dan kedudukan terakhir dalam Liga Juara-Juara, gagal untuk layak sejak kempen peringkat kumpulan pada 2012.

    Kejayaan di San Siro Ahad ini akan menyaksikan pemenang perlawanan 2010 itu, yang sekarang berada di bawah Stefano Pioli, mengorak langkah ke depan untuk melakukan keseimbangan.

    Tetapi De Boer menggambarkan Inter mungkin lebih hampir kepada objektif mereka jika para pemain utama bertindak secara berasingan ketika kendaliannya yang hanya bertahan selama 85 hari.

    Dia menghadapi perbalahan daripada autobiografi kontroversi Mauro Icardi, begitu juga dengan midfield Croatia, Marcelo Brozovic.

    “Di Inter saya terpaksa berdepan dengan banyak perkara jauh daripada bola sepak, anda kehilangan tenaga,” katanya dalam temu bual bersama dailymail.co.uk.

    “Setiap kali anda memikirkannya, ‘Akhirnya keputusan yang bagus dan segalanya berada dalam keadaan tenang’, kemudian datang buku Mauro Icardi (di mana kapten itu mengkritik ultra kelab) atau Marcelo Brozovic yang berada dalam diskotek dan anda perlu menghukumnya.

    Apa pun dosa lampau Icardi, dia dipaksa untuk menerbitkan bukunya berikutan aduan berang oleh peminat terhadap keadaan tidak konsisten dan Pioli akan mengalu-alukan pemain dari Argentina itu kembali dengan tangan terbuka dari penggantungan dua perlawanan.

    Ketika ketiadaan itu Icardi melepaskan empat gol di belakang penjaring terbanyak Serie A, Edin Dzeko, yang berkongsi pendahuluan jaringan bersama penyerang Juventus Gonzalo Higuain dengan 19 gol.

    Biarpun tidak menjaringkan gol dalam kekalahan 1-0 kepada Villarreal yang menghantar Roma mara ke pusingan 16 Liga Europa dengan kemenangan 4-1 menerusi agregat, Dzeko yang dibandingkan dengan Icardi akan membiarkan jaringannya melakukan penjelasan.

    Jaringan pembukaan dalam kemenangan 4-1 ke atas Torino minggu lalu adalah gol ke-29 Dzeko musim ini dan menyamai rekod sepanjang masanya ketika bersama Wolfsburg pada musim 2009-2010. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda