Tuesday, October 22, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    KSSUP sambut Maulidur Rasul

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OKT – Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini, telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Maulidur Rasul bagi 2023 di Dewan Setia Pahlawan, KSSUP.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

    Majlis disemarakkan dengan ceramah khas bertajuk Muhammad Al-Mustafa, Insan Terpilih yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Selahuddin.

    Beliau antara lain menggariskan, jika kita benar-benar merindui Rasulullah SAW, antara perkara yang harus dilakukan ialah dengan menghadirkan Baginda dalam kehidupan kita.

    “Antara cara yang utama ialah dengan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan Allah dan kemudian melakukan perkara yang disukai Rasulullah SAW dan menjauhi segala apa yang tidak disukai Baginda Rasulullah SAW.

    “Di samping menghidupkan sunnah Baginda dan memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW,” jelas beliau.

    Majlis turut diserikan dengan persembahan Dikir Marhaban oleh warga KSSUP dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Yang Berhormat Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan bersama tetamu yang lain hadir pada majlis berkenaan. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya
    ATAS & BAWAH : Antara yang hadir di majlis itu. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar oleh Salawati Haji Yahya

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda