Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kualiti udara di AS tidak sihat

    CHICAGO, 18 JULAI – Penduduk Chicago kelmarin merancang untuk mengadakan aktiviti di luar, ‘tetapi hari ini ia tidak sesuai,” kata menurut Kim Biggs dari Agensi Perlindungan Alam Sekitar Illinois.

    Wilayah yang luas di utara Amerika Syarikat itu mencatatkan kualiti udara yang tidak sihat pagi kelmarin atau mengalaminya menjelang tengah haru, menurut peta Asap dan Kebakaran AirNow.gov, Agensi Perlindungan Alam Sekitar.

    Pencemaran partikel halus disebabkan oleh asap dari kebakaran hutan di Kanada telah menyebabkan indeks kualiti udara mencatatkan zon merah, yang tidak sihat untuk semua orang.

    EPA menasihatkan orang ramai untuk mengurangkan atau memendekkan aktiviti luar apabila indeks kualiti udara mencecah melebihi 150 di peta agensi.- AP

    Gambar menunjukkan bandar Chicago yang mencatatkan kualiti udara tidak sihat.- AP

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda