Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kucing bermata ‘berlian’ tular

    BANGKOK, 25 JAN – Klip video dalam laman TikTok yang menunjukkan seekor kucing tom jingga dengan mata kirinya seperti berlian berkilat menjadi tular hari ini, dengan warganet menasihatkan pemiliknya agar menjaganya dengan baik kerana kucing itu akan membawa kemakmuran.

    Empat video yang disiarkan oleh @user3026088746242 menunjukkan seekor kucing jantan dengan mata kiri yang pelik dirakamkan dalam pelbagai aksi.

    Satu videonya telah menarik 1.5 juta tontonan setakat petang ini.

    Kebanyakan komen memberitahu pemilik kucing bahawa haiwan itu akan membawa tuah.
    Ramai rakyat Thailand percaya bahawa kucing dengan mata berwarna berlian akan menyebabkan berlian diberikan kepada pemiliknya.

    Kepercayaan itu digambarkan dalam filem Thai 1972 Cat’s Eye Diamond.

    Bagaimanapun, apa yang orang Thailand sebut sebagai mata berlian pada kucing biasanya disebabkan oleh glaukoma, bukan tuah. – ANN/The Nation

    Kucing memiliki mata seperti berlian berkilat menjadi tular dalam laman TikTok. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...