Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kuda olimpik terima pingat pertahanan Perancis

    PARIS, 8 NOV – Fly de Vesquerie, kuda yang membantu atlet Perancis, Elodie Clouvel memenangi pingat perak dalam acara pentatlon moden semasa Sukan Olimpik Paris, bakal dianugerahkan Pingat Gangsa Pertahanan Negara Perancis, menurut kenyataan gendarmerie kepada AFP hari ini.

    Fly de Vesquerie merupakan salah satu daripada empat ekor kuda yang akan menerima anugerah tersebut pada satu majlis di ibu pejabat Pengawal Republik di Paris, Isnin depan, menjelang perayaan Hari Peringatan pada 11 November.

    Pingat Gangsa Pertahanan Negara ini biasanya dianugerahkan sebagai penghormatan kepada perkhidmatan cemerlang anggota tentera.

    Sebelum ini, anjing bahkan burung merpati semasa Perang Dunia Pertama pernah menerima pengiktirafan ini, namun ini adalah kali pertama kuda akan dianugerahi pingat tersebut.

    Pengawal Republik telah menyediakan 20 ekor kuda bagi kegunaan atlet pentatlon Olimpik. Selain Fly de Vesquerie, tiga lagi kuda yang akan diberi penghormatan ialah Dicton de Vesquerie, Dallones des Dunes dan Fast du Pre.

    Dengan Fly de Vesquerie, Clouvel, yang juga seorang kapten dalam gendarmerie, berjaya meraih pingat perak keduanya dalam acara pentatlon moden, lapan tahun selepas pencapaian podium di Sukan Olimpik Rio de Janeiro. – AFP

    Aksi Clouvel bersama kuda Fly de Vesquerie semasa acara lompat pagar dalam peringkat akhir. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda