Kuih sapit merupakan salah satu kuih tradi-sional orang Melayu. Ia terkenal kerana memiliki bentuk yang nipis dan rangup dimakan yang biasanya dilipat atau digulung dengan penuh teliti.
Rasanya mencipta keenakan manis yang meresap dalam setiap gigitan tetap menjadi pilihan hati semua golongan umur, tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa. Kuih sapit ini juga disalutkan dengan aroma pandan yang harum.
Kuih sapit memiliki dua versi iaitu kuih sapit gulung dan kuih sapit yang dilipat tiga segi. Kini ia memiliki bermacam-macam rasa yang berintikan coklat, nutella, kacang atau mentega kacang dan sebagainya dan ia boleh didapati di gerai-gerai atau tamu-tamu yang berdekatan.
Jika dahulu, cara pembuatan kuih sapit ini menggunakan kepingan besi dan dibakar di atas api, namun pada masa kini cara membuat kuih sapit adalah dengan mencampurkan kesemua bahan dan dikacau sehingga sebati dengan menggunakan mesin pengadun (elakkan daripada kisaran tepung dan adunan daripada berbuih).
Yang pertama, pukul telur bersama gula pasir sehingga gula larut dan campurannya menjadi kental. Kemudian, tambahkan tepung beras, tepung gandum, santan, esen vanilla, dan garam ke dalam adunan telur. Gaul dengan rata sehingga menjadi adunan yang licin.
Selepas itu, panaskan acuan kuih sapit dan beri sedikit minyak. Pastikan acuan menjadi panas sebelum tuang adunan. Kemudian tuang satu senduk adunan ke dalam acuan panas dan sebarkan hingga rata dan tutup acuan dan biarkan kuih sapit itu masak selama beberapa minit.
Setelah itu, buka acuan perlahan-lahan dan keluarkan kuih sapit yang sudah menjadi rangup dan berwarna keemasan. Kemudian lipat kuih sapit menjadi setengah lingkaran dan letakkan inti manis di dalamnya dan lipat lagi sehingga membentuk segitiga atau meruncing seperti kuih sapit yang biasa.
Jika hendak meletakkan inti, hendaklah diletakkan selepas sahaja kuih sapit itu di keluarkan dan terus lipat.
Jangan tunggu lama nanti kuih itu akan menjadi garing, Ia hendaklah terus disimpan dan disusun di dalam bekas kedap udara.
Kuih sapit ini sering kali dimakan sebagai pemanis mulut yang disajikan bersama teh panas.
Selamat mencuba.
Bahan-bahan untuk membuat kuih sapit :
– Tepung beras
– Tepung gandum
– Telur ayam
– Gula
– Esen vanilla
– Teh garam
– Santan