Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Memupuk minat murid terhadap Bahasa Melayu

    Oleh Nurdiyanah R.

    BELAIT – Bagi mempertingkatkan minat murid terhadap pelajaran Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Chung Ching melalui Jabatan Tadika, baru-baru ini, telah mengadakan pelbagai aktiviti dan peraduan bersempena Bulan Bahasa Melayu.

    Sehubungan itu, salah satu aktiviti yang dilaksanakan ialah acara nyanyian lagu kebangsaan beramai-ramai di dewan sekolah diikuti menonton video berkisar kemeriahan acara-acara Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 tahun, baru-baru ini.

    Turut diadakan ialah perkongsian sedutan koleksi potret Baginda Sultan bertujuan menambah pengetahuan murid-murid mengenai keperibadian pemimpin negara dicintai.

    Selain itu, penglibatan seramai 18 orang peserta dari Tadika 1 dan Tadika 2 turut memeriahkan Peraduan Mari Berpantun bagi mengisi bulan berkenaan. Peraduan dalam kalangan Tadika 1 telah dimenangi oleh Dayang Nur Hafizah; diikuti tempat kedua, Dayang Haura Athirah dan Dayang Siti Nur Adiera selaku pemenang tempat ketiga.

    Manakala pemenang pertama dalam kalangan peserta dari Tadika 2 yang menyertai peraduan ialah Demelza Ho, diikuti Dayang Aaira Sofiya di tempat kedua dan penerima hadiah ketiga ialah Salsaneva.

    Antara peraduan menarik yang turut diketengahkan ialah Peraduan Mengeja bagi Tadika 2 dan Tadika 3; Peraduan Tulisan Cantik dan juga aktiviti bertutur Bahasa Melayu dengan tajuk pilihan ‘Keluarga Saya’, ‘Cuaca’ dan ‘Diri saya’ bagi Tadika 3.

    Aktiviti diharap menjentik minat murid-murid terhadap penggunaan Bahasa Melayu dengan lebih baik sama ada di dalam dan luar sekolah.

    Selain itu, ia juga dihasratkan dapat mencungkil bakat dan kemahiran mereka menuturkan bahasa itu.

    Guru bersama pelajar yang memenangi salah satu aktiviti Minggu Bahasa Melayu.
    Aksi seorang pelajar semasa menyertai aktiviti bertutur Bahasa Melayu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...