Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Kupu-kupu dan rama-rama dibezakan berdasar strukturnya

KOTA KINABALU, 23 DIS – Kupu-kupu dan rama-rama masing-masing secara umumnya dapat dibezakan dari segi struktur dan warna spesies itu, kata Pensyarah Kanan Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Nazirah Mustaffa.

Beliau berkata kupu-kupu mempunyai sesungut yang berbentuk seakan-akan palu (tukul) di hujungnya sementara rama-rama mempunyai banyak variasi pada sesungut antaranya seperti jarum atau berbentuk seperti insang.

“Semasa dalam keadaan berehat, kupu-kupu biasanya akan melipat sayapnya menegak ke atas sementara rama-rama akan membiarkan sayapnya dalam keadaan mendatar dan rama-rama terbesar adalah dari genus Attacus (yang boleh ditemui di hutan hujan tropika termasuk di Borneo yang mempunyai bukaan sayap sehingga 24 sentimeter),” katanya kepada Bernama.

Nazirah berkata rama-rama juga boleh dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu rama-rama makro yang mempunyai saiz bukaan sayap melebihi 20 milimeter (mm) dan rama-rama mikro pula bersaiz lebih kecil.

Kupu-kupu pula mempunyai bentuk badan yang lebih membujur, aktif di waktu siang namun ada juga aktif awal pagi dan senja, manakala rama-rama mempunyai bentuk badan yang lebih lebar, aktif pada waktu malam tetapi ada juga yang keluar pada siang hari. – Bernama

Koleksi pelbagai spesis kupu-kupu dan rama-rama yang telah diawet yang terdapat di Borneensis Gallery Universiti Malaysia Sabah kelmarin. – Bernama
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda