Tuesday, October 22, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    KUPU SB hargai Nadi Al-Qawi Al-Amin

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OKT – Kepentingan sifat kepimpinan yang teguh, komitmen yang tidak berbelah bahagi, semangat baharu dan idea-idea kreatif serta inovatif sebagai pra-syarat untuk terus berkembang dan mencapai kejayaan dan merupakan nadi yang sangat bergantung kepada kerjasama dan komitmen yang erat daripada setiap ahli jawatankuasa.

    Perkara ini diketengahkan oleh Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Profesor Madya Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani selaku tetamu kehormat dalam majlis Apresiasi Nadi Al-Qawi Al-Amin yang berlangsung di Dewan Tarbiah, KUPU SB baru-baru ini.

    Beliau turut menasihatkan agar semua ahli untuk sentiasa memastikan agar semua perkara yang lakukan adalah dengan niat kerana Allah, bukan untuk sanjungan atau penghormatan dalam kalangan manusia.

    Majlis yang dianjurkan oleh KUPU SB melalui Fakulti Pendidikan dan Sains Kemasyarakatan itu turut diserikan dengan penyampaian anugerah kepada penerima Anugerah Belia Cemerlang KUPU SB 2024 iaitu Awang Nurhazmie bin Haji Razali.

    Awang Nurhazmie selaku penerima Anugerah Belia Cemerlang KUPU SB 2024.

    Manakala, anugerah Pemimpin Muda Belia KUPU SB 2024 disandang oleh Dayang Nurul Aqilah binti Haji Zakaria dan Awang Haji Ahmad bin Haji Abas.

    Dayang Nurul Aqilah selaku penerima Anugerah Pemimpin Muda Belia KUPU SB 2024.

    Turut disempurnakan, penyampaian Anugerah Usrah 3B (Bekarih, Bejarih dan Balurih) kepada Mohd Hariz Zakwan Bin Mohd Fuezi, Amieziezairatul Syazwiennie Ezly Mazlywinah Binti Amirul Syafiee, Ahmad Raziqin Bin Rosli dan Siti Rabiatul Adawiyah Binti Romainor, mahasiswa dan mahasiswi dalam pelbagai program.

    Antara objektif majlis diadakan adalah untuk menghargai sumbangan ahli-ahli Nadi Al-Qawi Al-Amin, memperkuat semangat kerjasama, serta memberikan inspirasi kepada semua untuk terus berkhidmat.

    Dengan pelantikan jawatankuasa baru pula, diharapkan Nadi akan terus berkembang dan memberi impak positif kepada masyarakat.

    Pengerusi Baru Nadi Al-Qawi Al-Amin 2024-2025.
    Sesi bergambar ramai bersama ahli jawatankuasa, RA’ES KUPU SB dan DEKAN FPSK, KUPU SB.

    Nadi Al-Qawi Al-Amin adalah sebuah kelab di KUPU SB yang telah dirasmikan pada tahun 2022 dengan tujuan untuk menggalakkan penglibatan aktif ahli-ahlinya dalam aktiviti berbentuk kemasyarakatan, keusahawanan dan dakwah dengan menekankan objektif penubuhan Nadi Al-Qawi Al-Amin iaitu meningkatkan kemahiran insaniah dan komitmen pelajar untuk menjalankan aktiviti dakwah dan tarbiah di dalam dan luar negara secara berkesan.

    Sesi bergambar ramai dalam majlis berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN KUPU SB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda