Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kyiv hapus 40 daripada 45 dron

    KYIV, 11 FEB – Ukraine berkata ia memusnahkan sebahagian besar dari 45 dron serangan yang dilancarkan oleh Rusia semalam, dengan sedikit kerosakan dilaporkan hari ini.

    Pengumuman itu dibuat sehari selepas pihak berkuasa mengumumkan tujuh terbunuh dalam serangan Rusia yang menyebabkan stesen minyak terbakar di bandar kedua terbesar di Ukraine, Kharkiv.

    “Pada waktu malam, penjajah melancarkan 45 dron serangan sebagai hasil daripada kerja tempur, 40 musuh Shahed (UAV) telah dimusnahkan,” kata tentera udara Ukraine di Telegram.

    Serpihan yang jatuh menyebabkan seorang lelaki berusia 39 tahun mengalami cedera ringan di wilayah selatan Dnipro, kata gabenor Sergiy Lysak.

    Pihak berkuasa dari ibu kota Kyiv dan wilayah tengah Cherkasy berkata tiada kerosakan awal yang dilaporkan.

    Tetapi bom berpandukan udara menyasarkan kampung Vodyane, di wilayah Kharkiv, membunuh seorang wanita berusia 56 tahun, kata gabenor Synegubov. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...