NEW YORK, 28 JAN – Lady Gaga berpesan, ‘Jangkakan beberapa kekacauan musim bunga ini,’ apabila penulis lagu dan pelakon yang memenangi Grammy itu akan mengeluarkan album ketujuhnya pada 7 Mac nanti.
Menurut akhbar, album berkenaan meneroka tema ‘huru-hara dan transformasi’ dengan 14 buah lagu dimuatkan dalam album yang bertajuk Mayhem.
Ia adalah seperti album Harlequin tahun lepas, yang bersempena filem Joker: Folie à Deux yang kini di tangga ke-20 pada carta Billboard 200.
Dua daripada single awal Mayhem telah mencapai kejayaaan apabila lagu Disease mencecah tangga ke-27 di carta Billboard Hot 100 dan lagu Die With a Smile hasil kerjasama dengan Bruno Mars, menghabiskan masa selama tiga minggu berada di nombor 1.
“Secara peribadi, ini mungkin yang paling jelas yang saya rasai dalam hampir sedekad untuk diri saya. Saya lebih serasi dengan muzik kali ini daripada yang lama dahulu,” katanya kepada AP tahun lepas. “Apabila awda berasa jelas, sihat dan gembira, di saat itulah seni awda benar-benar boleh berkembang.”
Lady Gaga akan membuat persembahan berkaitan dengan album Mayhem di Anugerah Grammy dan turut dijadualkan menyertai beberapa artis lain termasuk Billie Eilish, Olivia Rodrigo, Stevie Nicks dan Joni Mitchell untuk tujuan kebajikan mangsa-mangsa kebakaran hutan Los Angeles baru-baru ini. – AP