Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Lafaz ijab qabul dalam jual beli: beberapa isu hukum mengenainya

    (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

    Disediakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan

    Jual beli dalam bentuk ta‘liq (tergantung-gantung bersyarat)

    Jual beli dengan lafaz ta‘liq adalah tidak sah jika ta‘liq itu sesuatu yang tiada kaitan dengan akad jual-beli tersebut, umpama seorang penjual berkata “Jika Zaid datang, maka saya akan jual kepada awak”.

    Bagaimanapun sekiranya lafaz ta‘liq itu ada kaitan secara langsung dengan jual beli tersebut, maka jual beli adalah sah. Sebagai contoh penjual berkata: “Saya jual kepada awak barang ini dengan harga sekian jika awak mahu”. Lalu dijawab: “Saya beli”.

    Demikian juga jual beli adalah sah dengan lafaz seumpama: “Saya beli daripada awak benda ini dengan harga sekian jika awak mahu”. Lalu dijawab: “Saya jual”.

    Sebagai kesimpulan, asas dalam jual beli itu adalah keredhaan dan persetujuan kedua-dua pihak penjual dan pembeli.

    Bagaimanapun keredhaan itu sesuatu yang tersembunyi.

    Oleh yang demikian, shighah, iaitu lafaz ijab dan qabul, memainkan peranan dalam mengungkapkan dan menterjemahkan keredhaan seseorang itu.

    Pada kebiasaannya ijab adalah daripada penjual manakala qabul daripada pembeli dengan bahasa, isyarat atau qarinah yang difahami oleh kedua-dua pihak.

    Shighah yang lengkap dalam jual beli hendaklah menyatakan benda yang dimaksudkan untuk dijual dan harganya. Selain menggunakan lafaz, dalam keadaan tertentu jual beli adalah sah dengan menggunakan isyarat dan juga tulisan disebabkan hajat keperluan sepertimana dalam keadaan orang bisu.

    Jual beli di gedung-gedung perniagaan, pasaraya dan seumpamanya tanpa ijab dan qabul sudah dianggap sebagai kebiasaan (‘urf), berapa pun nilai harganya, kerana kedua-dua pihak penjual dan pembeli, telah bersetuju dengan

    harga barang dan cara sedemikian, melainkan dalam perkara-perkara tertentu yang memerlukan dokumen atau pengesahan secara bertulis seperti pembelian dengan menggunakan kad kredit.

    Jual beli di gedung-gedung perniagaan, pasaraya dan seumpamanya tanpa ijab dan qabul sudah dianggap sebagai kebiasaan (‘urf), berapa pun nilai harganya, kerana kedua-dua pihak penjual dan pembeli, telah bersetuju dengan harga barang dan cara sedemikian.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...