Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Norrie mara suku akhir Terbuka Korea

    SEOUL, 29 SEPT – Cameron Norrie yang bercita-cita tinggi memperoleh kemenangan bergaya 6-2 6-2 ke atas pemain daripada Jepun Kaichi Uchida pada Khamis untuk mara ke suku akhir Terbuka Korea.

    Pemain British berusia 27 tahun itu telah memenangi dua kejuaraan tahun ini, mendorongnya menduduki ranking 10 teratas buat kali pertama dalam kariernya dan mara ke separuh akhir di Wimbledon.

    Dia tidak membuang masa menundukkan Uchida dari Jepun, mematahkan dua servisnya dalam setiap set untuk kemenangan pantas dalam masa satu jam tiga minit.

    Norrie, pilihan kedua di Terbuka Korea, akan berdepan sama ada pemain nombor satu Korea, Kwon Soon-woo, atau Jenson Brooksby dari Amerika Syarikat (AS) pada suku akhir.

    Norrie memenangi gelaran ATP pertamanya tahun lepas di Terbuka Los Cabos, menewaskan pemain Amerika, Brandon Nakashima di final.

    Dia berkata dia bercadang untuk memenangi Terbuka Korea dan Jepun untuk melonjak ke kedudukan lapan teratas dalam Perlumbaan Langsung ATP Pepperstone Ke Turin, untuk melayakkan diri ke peringkat akhir Nitto ATP Finals pada November.

    Usaha Norrie menyertai Turin mendapat rangsangan pada Khamis apabila Taylor Fritz, yang merupakan pilihan ketiga di Seoul, menarik diri daripada kejohanan akibat kecederaan. – AFP

    Aksi Cameron Norrie membalas pukulan Kaichi Uchida semasa perlawanan perseorangan lelaki di Kejohanan Tenis Terbuka Korea di Seoul pada 29 September 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...