Monday, September 23, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lagi senang berkawan dengan duda – Riena Diana

    Berterus-terang sejak dari awal mengenai hubungannya dengan pelakon Malaysia, Keith Foo dan Riena Diana mengakui dirinya juga tidak terlepas daripada pelbagai pertanyaan, mengapa memilih seorang lelaki berstatus duda sebagai teman istimewanya kini.

    Bukan apa, ramai sahaja tahu bahawa sebelum ini bekas kekasihnya merupakan seorang lelaki bujang dan kini cintanya beralih arah kepada Keith yang juga merupakan bapa kepada seorang cahaya mata, hasil perkahwinan terdahulunya dengan Kim Raymond.

    Tenang memberikan jawapan, kata pelakon dan pengacara itu, dia tidak pernah merancang untuk menentukan hala tuju peribadinya atau dengan siapa dia akan berkawan dan berdampingan.

    Menurut laporan Utusan Malaysia, bagi Riena semua itu merupakan ketentuan Tuhan.

    Namun, entah mengapa dari satu sudut hati, Riena mengakui menjalin hubungan cinta dengan lelaki berstatus duda adakalanya lebih mudah berbanding dengan si bujang.

    “Jodoh pertemuan bukankah di tangan Allah. Mungkin bukan Keith, mungkin juga saya ditakdirkan dengan orang lain, kita semua tidak tahu.

    Namun, iya, mungkin berkawan dengan lelaki berstatus duda itu lebih senang.

    “Maklum sahajalah, saya ini masih muda, susah dikawal. Lagipun macam orang cakaplah, lelaki duda ini berpengalaman. Dia tahu macam mana nak kawal saya. Malah, saya pun lebih suka orang yang berpengalaman.

    “Bagi saya, berkawan dengan lelaki lebih berumur ini lebih senang,” katanya tertawa.

    Meskipun begitu, kata Riena sedar tidak semestinya dia perlu mengikut alur harapan orang ramai untuk segera mendirikan rumah tangga kerana setiap orang mempunyai laluan masanya sendiri. – Agensi

    Riena tidak pernah merancang untuk dengan siapa dia akan berkawan dan berdampingan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda