Wednesday, May 1, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Lakaran Michelangelo dijual lebih AS$200,000

    NEW YORK, 18 APRIL – Segi empat sama yang dicoret pada sekeping kertas kekuningan oleh Renaissance genius Michelangelo dijual pada harga AS$201,600, iaitu 33 kali lebih tinggi daripada nilai anggarannya, kata rumah lelong Christie’s, kelmarin.

    Ditemui tersangkut di belakang bingkai, lukisan kecil yang disertakan dengan surat daripada keturunan terakhir Michelangelo itu pada mulanya dijangka dijual antara AS$6,000 dan AS$8,000.

    Namun Christie’s di New York berkata lakaran itu telah dijual pada ‘33.6 kali lebih tinggi daripada anggaran,’ tanpa mendedahkan sebarang butiran pembeli.

    Hasil kerja kecil itu menggambarkan bongkah marmar, dengan perkataan simile atau similar dalam bahasa Inggeris. Ia dipercayai telah dilukis semasa Michelangelo membuat siling Kapel Sistine yang terkenal, beritahu pakar Christie kepada AFP pada Januari.

    Lukisan itu datang bersama surat yang ditulis oleh Cosimo Buonarroti pada tahun 1836, di mana dia menawarkan karya itu oleh ‘moyangnya yang terkenal Michelangelo’ kepada bakal gabenor Hong Kong, Sir John Bowring, di mana tandatangannya tertera di bahagian bawah kertas.

    Pakar Christie menemui surat dan gambar rajah yang dikepilkan di belakang lukisan berbeza yang telah disimpan dalam koleksi peribadi selama beberapa dekad, kata rumah lelong itu dalam satu kenyataan media.

    Walaupun tidak ditandatangani oleh Michelangelo, Christie’s berkata penyelidikan mengesahkan artis Itali yang terkenal itu bertanggungjawab atas lakaran kecil itu.

    Kurang daripada 10 karya Michelangelo dipercayai milik persendirian, menurut Christie’s, di mana kebanyakannya ditempatkan di Casa Buonarroti, sebuah muzium di Florence, Itali. – AFP

    Gambar fail menunjukkan sebuah lukisan (atas), yang dikaitkan dengan Michelangelo dipaparkan bersama surat yang ditulis oleh Cosimo Buonarroti, keturunan terakhir Michelangelo, di Christie’s di New York pada 25 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...