Thursday, January 30, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lanun Somalia hubungi pemilik kapal kargo

    DHAKA, 21 MAC – Lanun Somalia yang disyaki merampas kapal berbendera Bangladesh MV Abdullah, telah menghubungi pemilik kapal itu buat kali pertama, kata seorang pegawai di sini.

    Panggilan itu dibuat kira-kira seminggu selepas kapal kargo berkenaan dirampas di Lautan Hindi pada 12 Mac lalu di mana kesemua 23 kru dijadikan tebusan. Kapal itu dimiliki oleh SR Shipping Limited, anak syarikat kumpulan KSRM Bangladesh.

    Jurucakap Kumpulan KSRM, Mizanul Islam berkata kelmarin, lanun telah mula menghubungi mereka melalui pihak ketiga tanpa sebarang tuntutan wang tebusan, lapor Xinhua. Beliau berkata tuntutan tebusan mungkin akan dibuat dalam perbincangan akan datang sekiranya ada.

    MV Abdullah ketika kejadian sedang belayar dari Pelabuhan Maputo di Mozambique ke Pelabuhan Al Hamriyah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan mengangkut 58,000 tan arang batu.- Bernama

    Situasi di atas kapal ex-MV Ruen yang telah dirampas lanun Somalia pada 16 Mac lalu. Pemilik kapal kargo MV Abdullah yang hilang mula dihubungi lanun Somalia. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda