Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laos bakar stok narkotik

    XAM NEUA, Laos, 26 Jun – Para pegawai dadah Laos hari ini membakar kira-kira 40 kilogram heroin dan puluhan ribu pil ‘yaba’, sebahagian kecil daripada stok narkotik yang dibakar pada Hari Dadah Sedunia di kawasan yang diselubungi dengan bahan haram tersebut.

    Upacara itu adalah antara beberapa peristiwa pemusnahan yang berlaku di seluruh Asia Tenggara, yang terletak di ‘Segi Tiga Emas’ yang terkenal iaitu zon yang mengaitkan Thailand, Myanmar, China dan Laos yang merupakan kawasan penghasilan dadah kedua terbesar di dunia.

    Jumlah pil methamphetamine dan ice yang dihasilkan semakin meningkat di seluruh rantau ini dan telah menembusi pasaran luar termasuk Jepun dan Australia, yang menyebabkan perampasan besar-besaran tahun ini.

    Berkongsi sempadan dengan lima negara, Laos yang miskin adalah laluan transit utama untuk meth buatan Myanmar serta pengeluar candu iaitu bahan mentah heroin.

    Para pegawai dadah Laos membakar dadah haram semasa satu upacara bagi memperingati Hari Antarabangsa terhadap Penyalahgunaan Dadah dan Perdagangan Luar Negara di Laos, kelmarin. – AFP

    Hari ini, AFP diberi akses yang jarang berlaku untuk upacara itu yang diadakan bagi memperingati Hari Antarabangsa terhadap Penyalahgunaan Dadah dan Perdagangan Luar Negara, ketika ia meningkatkan usaha untuk menangani perdagangan yang dianggarkan bernilai berbilion-bilion dolar itu.

    Batu heroin berwarna kelabu dan pil ‘yaba’ yang mengandungi kafein dan methamphetamine dibakar di Xam Neua, sebuah bandar timur laut kecil yang merupakan pintu masuk ke Vietnam dan laluan perdagangan yang popular.

    “Di Asia Tenggara, pasaran methamphetamine terus berkembang,” kata Erlend Falch dari Pejabat Pertumbuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Dadah dan Jenayah (UNODC).

    “Jumlah yang semakin meningkat sedang diperdagangkan di dalam dan dari rantau ini. Beberapa negara di rantau ini telah melaporkan kejutan rekod dalam beberapa bulan pada tahun 2018.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda