Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lapan jemaah umrah Thailand positif varian Omicron

    BANGKOK,  20 DIS – Lapan jemaah Thailand disahkan positif varian Omicron selepas pulang dari Mekah, Arab Saudi.

    Terdapat dua kumpulan jemaah tiba masing-masing satu di Bangkok dan Phuket dan kesemua mereka ditempatkan di kemudahan kuarantin sejurus ketibaan.Penasihat Chularatchamontri-Thailand, Preeda Chueaphudee berkata seramai 30 warga Thailand pulang menunaikan umrah dan tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada 15 Disember.

    Beliau berkata semua jemaah menjalani kuarantin wajib di sebuah hospital di Bangkok.

    “Keputusan ujian COVID-19 menunjukkan tujuh sampel positif varian Omicron.

    “Kesemua lapan kes Omicron adalah kes import dan pesakit sedang menjalani kuarantin. Jadi, orang ramai tidak perlu panik,” katanya.

    Sementara itu, pegawai kesihatan awam Phuket, Dr Kusak Kukiatkul berkata  seorang jemaah umrah Thailand yang tiba di Phuket disahkan positif varian Omicron selepas pulang dari Mekah pada 13 Disember. 

    Beliau berkata lima daripada 137 jemaah yang tiba di Phuket disahkan positif COVID-19.

    Katanya, pesakit yang mempunyai gejala ringan atau tidak bergejala dibenarkan pulang tetapi  di bawah pengawasan rapat. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda