PASHTO, PAKISTAN, 23 OGOS – Helikopter tentera dan komando berjaya menyelamatkan lapan orang, termasuk enam pelajar sekolah, yang terperangkap selama berjam-jam kelmarin dalam kereta kabel di lembah terpencil Pakistan.
Usaha menyelamat bermula dengan sebuah helikopter mengeluarkan seorang budak ke tempat selamat selama hampir 12 jam, tetapi ia terpaksa berpatah balik ke pangkalan disebabkan cuaca buruk dan hari malam.
Selepas itu, komando dari Pasukan Perkhidmatan Khas (SSG) Pakistan – yang dikenali sebagai Baret Merah Manggis – menggunakan kabel yang menghalang gondola daripada terjatuh ke lembah sebagai zipline untuk menyelamatkan mereka yang terkandas.
“Saya menyangka ia adalah hari terakhir saya,” kata seorang remaja yang berjaya diselamatkan, Attaullah Shah, kepada AFP.
“Tuhan memberikan saya peluang kedua,” kata remaja berusia 15 tahun itu.
Pemangku Perdana Menteri Pakistan, Anwaar-ul-Haq-Kakar menggelar penyelamat tersebut ‘sebagai wira negara’.- AFP