Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau ditutup

    JAKARTA, 19 JAN – Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau dihentikan berkuatkuasa hari ini berikutan abu gunung berapi tersebar dari Gunung Merapi di Sumatera Barat.

    Ketua Lapangan Terbang Wilayah VI, Kapten Megi H. Helmiadi berkata keputusan itu dibuat disebabkan abu gunung berapi dan keperluan mendesak berhubung isu keselamatan penerbangan.

    “Demi keselamatan perjalanan udara, kami akan menangguhkan operasi di lapangan terbang mulai 2:15 petang hingga ke satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam satu kenyataan.

    Operasi penerbangan di lapangan terbang sama pernah dibatalkan selepas kejadian letusan gunung berapi sama pada 22 Disember lepas.

    Data terkini daripada agensi volkanologi, PVMBG mendedahkan satu lagi letusan Gunung Merapi berlaku pada 10:14 pagi tadi.

    Ketua PVMBG Bukittinggi, Teguh Purnomo melaporkan gunung berapi itu menghamburkan abu setinggi 500 meter, dengan ia menghala ke arah Barat Daya.

    Pada 3 Disember 2023, Gunung Merapi pernah menghamburkan abu hingga mencecah 3,000 meter, mengakibatkan 23 pendaki maut dan tiga lagi cedera. – Bernama

    Gunung Merapi memuntahkan asap semasa letusan seperti yang dilihat dari kampung Wonokerto, Yogyakarta pada 9 Ogos 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...