Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lasagna hidangan istimewa ala Itali

    Oleh Afiq Zainuddin –

    Lasagna merupakan salah satu hidangan khas Itali yang sangat popular di seluruh dunia.

    Ia kaya dengan kandungan protein dengan bahan utama keju dan daging cincang.

    Tidak hanya ditemukan di restoran-restoran ala barat, namun awda boleh mendapatkannya di kedai yang menjual makanan sejuk beku, di kafe, jualan makanan dalam talian dan sebagainya.

    Lasagna juga tergolong ke dalam kelompok hidangan pasta seperti spaghetti dan macaroni. Lasagna memiliki lapisan pasta berbentuk datar yang lebar, ditumpuk menjadi beberapa lapis hingga tebal.

    Berkongsi secara ringkas antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat lasagna adalah seperti mozarella, serbuk keju, daging atau ayam kisar, sos prego traditional, minyak zaitun, bawang besar, bawang putih, capsicum hijau, cendawan, lobak, serbuk lada hitam, garam, gula, mentega, tepung gandum, keju cheddar, serbuk parmesan cheese, susu full cream, lada putih dan garam.

    Foto Canva
    Foto Canva
    Gambar Freepik
    Gambar Freepik
    Gambar Freepik

    Memasak lasagna tidaklah memerlukan peralatan yang mahal. Cara penyediaan untuk memasak sos bolognese adalah, mula-mula panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga lembut, kemudian masukkan bawang putih dan diikuti daging kisar. Kacau sehingga daging kering airnya. Kemudian masukkan serbuk lada hitam, cendawan dan apabila cendawan sudah layu masukkan pula capsicum, lobak dan sos prego. Masak sehingga lobak itu menjadi lembut. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Tambahkan air jika kuah kering.

    Perlu dilebihkan kuah kerana kepingan pasta yang digunakan adalah yang segera atau kering.

    Manakala cara untuk memasak sos putih pula, panaskan dua sudu mentega dalam periuk kecil, apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau hingga sebati.

    Kemudian tuangkan susu dan masukkan keju cheddar bersama parmesan. Kacau seketika sehingga kuah sedikit pekat dan masukkan lada putih serta sedikit garam. Namun hati-hati bila masukkan garam kerana keju sudah berasa masin. Selepas itu angkat dan sejukkan.

    Cara untuk membuat lasagna, mula-mula panaskan ketuhar, sapu bekas caserole mentega supaya tidak melekat dan susun kepingan lasgna dengan rapat.

    Kemudian tuang sos bolognese, ratakan. Selepas itu, sendukkan pula sos putih diikuti mozarella dan keju parmesan. Ulang semula dengan menyusun kepingan lasagna, sos bolognese, sos putih, mozarella cheese dan sedikit parmesan cheese.

    Tutup bahagian atas dengan aluminium foil. Selepas itu bakar di dalam ketuhar selama 25 minit.

    Kemudian buka aluminium foil dan teruskan membakar sehingga bahagian atasnya keperangan. Apabila sudah siap ia pun sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.

    Bahan-bahan:

    o Kepingan lasagna segera, tak perlu rebus
    o parutan keju mozarella, secukupnya
    o serbuk keju, secukupnya

    Bahan untuk sos bolognaise:

    o daging atau ayam kisar
    o 1 jar kecil sos prego traditional
    o minyak zaitun extra virgin
    o bawang besar kuning, potong dadu kecik
    o bawang putih, hiris nipis
    o capsicum hijau, potong dadu
    o cendawan butang, hiris nipis
    o lobak yang dipotong dadu kecil
    o serbuk lada hitam
    o garam dan gula secukup rasa

    Bahan untuk sos putih:

    o mentega
    o tepung gandum
    o keju cheddar cheesedale
    o serbuk parmesan cheese
    o fresh milk atau susu full cream
    o lada putih dan garam secukup rasa

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...