Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Latihan pencegahan pemerdagangan manusia berakhir

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JAN – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Negara Brunei Darussalam dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, menyatakan kedutaan berkenaan telah menamatkan latihan bagi pencegahan pemerdagangan manusia selama dua hari yang diadakan secara maya.

    Latihan disertai oleh lebih daripada 40 orang penyiasat, pendakwa raya, pegawai polis dan kakitangan kerajaan yang terlibat dalam kerja-kerja pencegahan pemerdagangan manusia.

    Latihan itu diadakan bersempena dengan Hari Kesedaran Pemerdagangan Manusia Kebangsaan AS pada 11 Januari dengan sokongan daripada U.S. Department of State’s Office to Monitor and Combat Trafficking in Persons dan U.S. Department of Justice’s Human Trafficking Prevention Unit.

    Sesi latihan itu merangkumi perbincangan mengenai para majikan memegang atau menyimpan pasport pekerja, taraf hidup bagi pekerja migran, penderaan kakitangan rumah, mengenali dan melindungi mangsa serta Protokol Palermo di mana Brunei merupakan salah sebuah negara yang menyertainya.

    Laporan Pemerdagangan Manusia 2021 telah mengiktiraf usaha Brunei dalam memenuhi standard minimum bagi penghapusan pemerdagangan dan mencadangkan bagi meningkatkan usaha kepada penyiasatan, pendakwaan, sabit kesalahan dan menghukum pemerdagangan seks dan buruh termasuk pegawai-pegawai kerajaan yang bersubahat dengan hukuman yang keras.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...