GUIYANG – Jabatan Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar bagi wilayah Guizhou mendedahkan bahawa Festival Bunga Biji Sesawi telah pun diadakan baru-baru ini di bandar raya timur laut Tongren, wilayah Guizhou di barat daya China.
Festival sempena musim bunga itu menyaksikan para petani di wilayah Guizhou bukan sahaja mengubah biji sesawi untuk menjadi minyak makan, tetapi juga untuk menjadi cat.
Di Daerah Bijiang, Bandar raya Tongren dan Daerah Pingba, Bandar raya Anshun, petani telah melukis rupa musim bunga yang paling bersemangat dengan bunga biji sesawi yang kembang mekar.
Mereka juga mengadakan satu festival bunga biji sesawi untuk meraikan kedatangan musim bunga. Musim bunga adalah sebuah musim yang indah dan mengkhayalkan.
Orang ramai boleh berulang-alik melalui lautan bunga untuk mencari orang purba yang tersembunyi, melawat perkampungan unik yang bertaburan seperti bintang di antara bunga-bunga, berborak dengan penduduk tempatan, merasai makanan dan teh tempatan, dan mencuba perkhemahan barbeku dan cara amalan pertanian.
Pengalaman ini akan menawarkan kepada orang ramai dengan satu kehidupan yang berbeza dan satu pandangan yang berbeza.
Guizhou adalah tempat kepada tapak-tapak warisan semula jadi dunia bagi Gunung Fanjing dan Air Terjun Huangguoshu.
Walaupun ia terletak jauh di barat daya China, ia dihubungkan dengan seluruh dunia melalui jambatan bertingkat tinggi.
Walaupun terpencil dari segi geografi, Guizhou sebenarnya adalah sebuah wilayah yang mudah untuk diakses.
Bagi mereka yang mencari Taman Firdaus yang penuh misteri di timur China, bunga biji sesawi Guizhou adalah satu kemestian. – Bernama
